Kerjaya kelab Rolando Mandragora

Kerjaya awal

Bapa Mandragora menguruskan kelab bola sepak tempatan yang telah didirikan oleh Paolo and Fabio Cannavaro. Mandragora dipantau oleh kelab-kelab Serie A semasa beliau berada di Mariano Keller dan menyertai kelab belia Genoa pada usia 14 tahun.[1]

Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A pada 29 Oktober 2014 dalam aksi menewaskan Juventus 1–0 di gelanggang sendiri. Beliau beraksi selama 69 minit permainan sebelum digantikan oleh Juraj Kucka.[2]

Juventus

Pada 19 Januari 2016, Juventus mengesahkan pembelian Mandragora dengan kontrak selama lima tahun melalui perpindahan yang pada awalnya bernilai 6 juta euro sebelum ia dijangka boleh meningkat sehingga 12 juta euro berdasarkan prestasinya.[3] Beliau menghabiskan saki-baki musim 2015–16 secara pinjaman beraksi untuk Pescara di Serie B. Pada April 2016, metatarsal pada kaki kanannya telah retak sekali gus memerlukan pembedahan. Pemulihannya telah terhalang berikutan komplikasu lalu memaksanya untuk menjalani pembedahan kedua pada bulan Ogos.[4]

Mandragora kembali ke Juventus untuk menghadapi musim 2016-17 dan beliau telah diberi jersi bernombor 38. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Juventus pada 23 April 2017 dengan beraksi sebagai pemain gantian menggantikan Claudio Marchisio pada minit ke-86 permainan menewaskan kelab lamanya, Genoa 4–0 di gelanggang sendiri pada perlawanan Serie A.[5][6][7]

Pada 5 Ogos 2017, Mandragora telah dipinjamkan ke kelab Serie A yang lain, Crotone buat sepanjang musim.[8] Beliau tampil dalam kesemua perlawanan liga bersama Crotone tetapi pasukannya itu berdepan dengan penyingkiran. Beliau juga menyumbang dua jaringan gol yang mana jaringan sulungnya muncul pada 24 September ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Benevento.[9]

Udinese

Pada 2 Julai 2018, Mandragora telah dijual ke Udinese tetapi Juventus masih lagi mempunyai pilihan untuk membeli-balik dengan nilai 20 juta euro.[10]

Mandragora telah digantung satu perlawanan daripada beraksi dalam perlawanan Serie A pada Ogos 2018 selepas tendangannya diselamatkan oleh penjaga gol Sampdoria sebelum beliau lantas menghina dan melemparkan kata-kata kesat terhadap Virgin Mary dan Tuhan.[11]

Pada 22 Disember 2018, Mandragora menjaringkan gol pertamanya untuk Udinese ketika menentang Frosinone yang berakhir dengan kedudukan permainan terikat seri 1-1.[12] Pada seminggu kemudian, beliau telah dilayangkan kad merah serta-merta oleh VAR semasa pasukannya menewaskan Cagliari.[13]

Rujukan

WikiPedia: Rolando Mandragora http://www.fifadata.com/document/FWYC/2017/pdf/FWY... http://www.juventus.com/media/native/investor-rela... http://www.soccerway.com/players/rolando-mandragor... http://www.tuttosport.com/news/calcio/calciomercat... http://www.tuttosport.com/news/calcio/serie-a/juve... http://www.tuttosport.com/news/calcio/serie-a/juve... http://www.figc.it/it/204/2537660/2017/05/News.sht... http://www.figc.it/nazionali/DettaglioConvocato?co... http://www.gazzetta.it/Calcio/Serie-A/Juventus/23-... http://www.legaseriea.it/en/players/rolando-mandra...